Khamis, 10 November 2011

PAHALA DAN DOSA


PAHALA DAN DOSA
Apakah yang dimaksudkan dengan PAHALA?
*      Pahala adalah balasan baik yang dikurniakan Allah kepada hambanya kerana mentaati perintah Allah dan meninggalkan laranganya.

Cara-cara mendapat PAHALA
*      Perlulah melakukan perkara-perkara kebaikan
*      Meninggalkan perkara-perkara yang dilarang
*      Disertai niat yang ikhlas

Apakah yang dimaksudkan dengan dosa?
*      Dosa ialah balasan buruk diakhirat keatas hamba yang meninggalkan perintah Allah dan melakukan larangan.

Cara-cara mengelakkan dosa
*      Memohon perlindungan allah daripada godaan syaitan
*      Mematuhi nasihat ibu bapa dan guru.
*      Memilih kawan yang berakhlak mulia dan disukai ramai.
*      Berusaha menjauhi perbuatan yang keji.

Faedah bagi orang yang mengambil berat pahala dan dosa
*      Menjadi hamba yang solehah
*      Dikasihi dan diredhai oleh Allah dan Rasulnya
*      Dihormati rakan dan dimuliakan masyarakat.
*      Mendapat kebahagiaan didunia dan diakhirat
*      Mendapat nikmat syurga diakhirat
*      Mempunyai jati diri dan berakhlak mulia

RUKUN SOLAT


Ø  Solat ialah beberapa perkataan dan perbuatanyang dimulai dengan takhbiratulihram dan disudahi dengan salam mengikut syarat-syarat tertentu.
Ø  Rukunj ialah sesuatu perkara yang mesti ada dan dilakukan dalam tiap-tiap amalan.
Ø  Rukun solat pula ialah perkara-perkara yang wajib dilakukan semasa mengerjakan solat, jika tertinggal tidak sah solat itu.


Rukun solat ada 13 perkara.




Rukun qalbi
Rukun qauli
Rukun fe’li
1.       niat
2.       takbiratulihram

3.       membaca surah al-fatihah


4.       membaca tahiyat akhir

5.       selawat keatas nabi dalam tahiyat akhir


6.       memberi salam pertama

7.       berdiri betul

8.       rukuk serta tomakninah


9.       iktidal serta tomakninah

10.   sujud serta tomakninah


11.   duduk antara dua sujud serta tomakninah

12.   duduk tahiyat akhir


13.   tertib




ADAB MAKAN MAJLIS KERAMAIAN


·         masyarakat kita seringmengadakn majlis keramaian seperti majlis perkahwinan, majlis ulang tahun kelahiran, kenduri doa selamat, jamuan makan malam dan sebagainya.
·         Kita perlulah menjaga adab-adab dalam majlis terutamanya sewaktu makan:-
§  Perlu mengambil makanan mengiukut giliran
§  Tidak berebut-rebut ketika menganbil makanan
§  Ambil makanan yang perlu sahaja bagi mengelakkan perbaziran
§  Gunakan peralatan yang telah disediakan oleh tuan rumah seperti sudu, garfu, pisau dan sebagainya dengan betul dan cermat.
§  Duduk dengan tenang ditempat yang telah disediakan.
§  Mulakan makan dan minum dengan bacaan bismillah dan berdoa.
§  Beramah mesra dengan tetamu yang ada dimeja hidangan.
§  Duduk dengan sopan dan tertib.
§  Dahulukan orang yang lebih tua untuk mengabil makanan dan jagn berebut.
§  Ambil makanan yang berada berhampiran terlebih dahulu dan mengambil giliran jika makanan yang ingin diambil berada jauh dari kadudukan anda.
§  Tidak gelojoh.
§  Membasuh tangan sebelum makan.
§  Mendoakan keberkatan kepada oarng yang memberi jamuaan.