Khamis, 10 November 2011

PAHALA DAN DOSA


PAHALA DAN DOSA
Apakah yang dimaksudkan dengan PAHALA?
*      Pahala adalah balasan baik yang dikurniakan Allah kepada hambanya kerana mentaati perintah Allah dan meninggalkan laranganya.

Cara-cara mendapat PAHALA
*      Perlulah melakukan perkara-perkara kebaikan
*      Meninggalkan perkara-perkara yang dilarang
*      Disertai niat yang ikhlas

Apakah yang dimaksudkan dengan dosa?
*      Dosa ialah balasan buruk diakhirat keatas hamba yang meninggalkan perintah Allah dan melakukan larangan.

Cara-cara mengelakkan dosa
*      Memohon perlindungan allah daripada godaan syaitan
*      Mematuhi nasihat ibu bapa dan guru.
*      Memilih kawan yang berakhlak mulia dan disukai ramai.
*      Berusaha menjauhi perbuatan yang keji.

Faedah bagi orang yang mengambil berat pahala dan dosa
*      Menjadi hamba yang solehah
*      Dikasihi dan diredhai oleh Allah dan Rasulnya
*      Dihormati rakan dan dimuliakan masyarakat.
*      Mendapat kebahagiaan didunia dan diakhirat
*      Mendapat nikmat syurga diakhirat
*      Mempunyai jati diri dan berakhlak mulia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan