MATA PELAJARAN : Pendidikan Islam
KELAS : 1 Bestari
TARIKH : 17-11-2011
MASA : 7.40-8.10 pagi
BIDANG : Asuhan Tilawah Al -Quran
TAJUK : Mengenal Huruf Hijaiyyah bersambung yang mengandungi baris
Satu diatas.
PENGETAHUAN SEDIA ADA : Murid sudah mempelajari huruf hijaiyyah baris satu diatas pada
Pelajaran yang lepas.
BILANGAN PELAJAR : 30 Orang.
HASIL PEMBELAJARAN : Di akhir pembelajaran murid-murid :
ARAS 1 : Mengenal dan menyebut huruf bersambung dan berbaris satu
Diatas.
ARAS 2 : Membunyikan kalimah-kalimah berbaris satu diatas yang ber-
Sambung dengan betul.
ARAS 3 : Membezakan huruf bersambung dengan tidak bersambung yang
berbaris satu diatas.
KEMAHIRAN BERFIKIR : Membezakan bunyi huruf bersambung yang berbaris satu diatas.
KEMAHIRAN MASA DEPAN : Supaya murid-murid dapat menjadi manusia yang celik Al-Quran.
GABUNG JALIN : Akhlak.
PENERAPAN ILMU : Jawi,Bahasa Arab,Bahasa Melayu.
PENERAPAN NILAI : Bersungguh-sungguh, bekerjasama dan rajin.
KAEDAH/TEKNIK : Latih tubi, permainan.
BAHAN BANTU MENGAJAR : Kad huruf, kad puzzle, buku iqra’.
LANGKAH/MASA | ISI PELAJARAN | AKTIVITI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN | CATATAN / BBM |
PENDAHULUAN (2 MINIT) | Bacaan Doa | -Guru masuk kelas dan memberi salam. -Murid menjawab salam guru. -Guru meminta murid menadah tangan dan membaca doa penerang hati bersama guru. | -Nilai: -Pengharapan dan keyakinan kepada Allah |
SET INDUKSI ( 5 MINIT) | Permainan ‘Puzzle’ Menggunakan kad huruf. بو سين | -Guru meminta beberapa orang murid untuk memilih kad yang mengandungi huruf-huruf Hijaiyyah bersambung yang berbaris satu diatas. -Kemudian huruf-huruf tersebut ditampal papan putih. | -Kaedah : -Perhatian -Soal jawab -BBM : - Kad Huruf |
LANGKAH 1 ( 6 MINIT) | Mengenal dan menyebut huruf bersambung yang berbaris satu diatas. نب تر نبت جلس كتب فعل | -Guru menunjukkan kad-kad kalimah huruf bersambung yang berbaris satu diatas. -Guru menampal kad-kad huruf tersebut di papan putih dan menyebut bunyi kalimah tersebut. -Murid-murid mengikut sebutan guru berulang kali. | Kaedah: -Latih tubi BBM : Kad-kad huruf yang bersambung. |
LANGKAH 2 ( 6 MINIT) | Membunyikan kalimah-kalimah bersambung yang berbaris satu diatas. | -Guru menampal lebih banyak contoh kalimah bersambung yang berbaris satu diatas di papan putih. -Guru meminta murid-murid menyebut kalimah-kalimah tersebut secara kelas dan individu berulang kali. | Kaedah : -latih tubi BBM: -kad-kad huruf |
LANGKAH 3 (6 MINIT) | Membezakan huruf bersambung dengan yang tidak bersambung yang berbaris satu diatas. ت ر – تر ب ث— بث ن ن ن— ننن ب د ر— بدر ف ع ل----فعل | -Guru menulis di papan putih huruf-huruf tunggal yang tidak bersambung . -Kemudian guru menulis pula kalimah huruf yang bersambung yang terdiri dari huruf-huruf tunggal tersebut. -Kemudian guru menampal kad-kad huruf bersambung yang berbaris satu diatas,dipapan putih. -Guru meminta murid-murid mengeluarkan huruf-huruf tunggal yang tidak bersambung dari huruf-huruf bersambung tadi seperti menceraikan huruf-huruf bersambung menjadi huruf-huruf tunggal. | Kaedah: -Latih tubi Nilai: -Bersungguh-sungguh -Fokus -Kerjasama BBM: -kad-kad huruf. |
PENUTUP (5 MINIT) | Pengukuhan | -Guru menyebut kembali kalimah-kalimah dipelajari dipermulaan P&P tadi. -Murid-murid mengikut bacaan guru berulang kali secara kumpulan dan individu guru memangil secara individu untuk tasmik Iqra’. -Guru memberi latihan kepada murid-murid lain yang sedang menunggu untuk membaca Iqra’. | Keadah: -Latih tubi -Tasmik BBM: -Buku Iqra’ |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan