Sabtu, 3 Disember 2011

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN:-


MATA PELAJARAN                    : Pendidikan Islam
KELAS                                           : 1 Bestari
TARIKH                                         : 17-11-2011
HARI                                              : Khamis
MASA                                            : 7.40-8.10 pagi
BIDANG                                        : Asuhan Tilawah Al -Quran
TAJUK                                           : Mengenal Huruf Hijaiyyah bersambung yang mengandungi baris
                                                          Satu diatas.
PENGETAHUAN SEDIA ADA   : Murid sudah mempelajari huruf hijaiyyah baris satu diatas pada
                                                          Pelajaran yang lepas.
BILANGAN PELAJAR                 : 30 Orang.
HASIL PEMBELAJARAN           : Di akhir pembelajaran murid-murid :
ARAS 1                                          : Mengenal dan menyebut huruf bersambung dan berbaris satu
                                                          Diatas.
ARAS 2                                          : Membunyikan kalimah-kalimah berbaris satu diatas yang ber-
                                                          Sambung dengan betul.
ARAS 3                                          : Membezakan huruf bersambung dengan tidak bersambung yang
                                                          berbaris satu diatas.
KEMAHIRAN BERFIKIR           : Membezakan bunyi huruf bersambung yang berbaris satu diatas.
KEMAHIRAN MASA DEPAN   : Supaya murid-murid dapat menjadi manusia yang celik Al-Quran.
GABUNG JALIN                          : Akhlak.
PENERAPAN ILMU                     : Jawi,Bahasa Arab,Bahasa Melayu.
PENERAPAN NILAI                    : Bersungguh-sungguh, bekerjasama dan rajin.
KAEDAH/TEKNIK                       : Latih tubi, permainan.
BAHAN BANTU MENGAJAR   : Kad huruf, kad puzzle, buku iqra’.

LANGKAH/MASA
ISI PELAJARAN
AKTIVITI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN
CATATAN / BBM
PENDAHULUAN
(2 MINIT)
Bacaan Doa
-Guru masuk kelas dan       memberi salam.
-Murid menjawab salam guru.
-Guru meminta murid menadah tangan dan membaca doa penerang hati bersama guru.
-Nilai:

-Pengharapan dan keyakinan kepada Allah
SET INDUKSI
 ( 5 MINIT)
Permainan ‘Puzzle’
Menggunakan kad huruf.
بو  

سين

-Guru meminta beberapa orang murid untuk memilih kad yang mengandungi huruf-huruf Hijaiyyah bersambung yang berbaris satu diatas.

-Kemudian huruf-huruf tersebut ditampal papan putih.


-Kaedah :

-Perhatian
-Soal jawab

-BBM :
- Kad Huruf
LANGKAH 1
 ( 6 MINIT)
Mengenal dan menyebut huruf bersambung yang berbaris satu diatas.

نب
تر
نبت
جلس
كتب
فعل
-Guru menunjukkan kad-kad kalimah huruf bersambung yang berbaris satu diatas.

-Guru menampal kad-kad huruf tersebut di papan putih dan menyebut bunyi kalimah tersebut.

-Murid-murid mengikut sebutan guru berulang kali.






Kaedah:

-Latih tubi


BBM :

Kad-kad huruf yang bersambung.
LANGKAH 2
 ( 6 MINIT)
Membunyikan kalimah-kalimah bersambung yang  berbaris satu diatas.
-Guru menampal lebih banyak contoh kalimah bersambung yang berbaris satu diatas di papan putih.


-Guru meminta murid-murid menyebut kalimah-kalimah tersebut secara kelas dan individu berulang kali.

Kaedah :
-latih tubi

BBM:
-kad-kad huruf
LANGKAH 3
(6 MINIT)
Membezakan huruf bersambung dengan yang tidak bersambung yang berbaris satu diatas. 
      


ت ر –  تر
ب ث— بث
ن ن ن— ننن
ب د ر— بدر
ف ع ل----فعل
-Guru menulis di papan putih huruf-huruf tunggal yang tidak bersambung .

-Kemudian guru menulis pula kalimah huruf yang bersambung yang terdiri dari huruf-huruf tunggal tersebut.

-Kemudian guru menampal kad-kad huruf bersambung yang berbaris satu diatas,dipapan putih.

-Guru meminta murid-murid mengeluarkan huruf-huruf tunggal yang tidak bersambung dari huruf-huruf bersambung tadi seperti menceraikan huruf-huruf bersambung  menjadi huruf-huruf tunggal.







Kaedah:

-Latih tubi

Nilai:

-Bersungguh-sungguh
-Fokus
-Kerjasama


BBM:

-kad-kad huruf.
PENUTUP
(5 MINIT)
Pengukuhan
-Guru menyebut kembali kalimah-kalimah dipelajari dipermulaan P&P tadi.


-Murid-murid mengikut bacaan guru berulang  kali secara kumpulan dan individu guru memangil secara individu untuk tasmik Iqra’.

-Guru memberi latihan kepada murid-murid lain yang sedang menunggu untuk membaca Iqra’.
Keadah:

-Latih tubi
-Tasmik


BBM:

-Buku Iqra’